Kumpulan De Fam nekad untuk tidak menukar lirik mahupun susunan muzik asal lagu raya popular mereka berjudul, Alamak Raya Lagi!.
Menurut Cik Manggis atau nama penuhnya, Nurshazwani Shamsuddin, De Fam akan mengekalkan keaslian lagu itu sesuai dengan generasi muda yang membesar dengan mendengar lagu tersebut.
Malah, De Fam juga berbesar hati apabila lagu Alamak Raya Lagi! kerap menerima permintaan untuk dinyanyikan walaupun bukan pada musim perayaan.
“Lagu itu kerap diminta untuk dinyanyikan walaupun bukan pada musim perayaan. Dan, sudah tentu kami berbesar hati melihat populariti Alamak Raya Lagi! yang bukan bermusim, bahkan menjadi pilihan ramai pada bila-bila masa.
“Bagi kami tidak perlu untuk buat satu lagi versi yang bukan berasaskan elemen raya kerana kami mahu kekalkan keaslian serta nilai eksklusiviti lagu itu sebagai lagu raya evergreen,” katanya.
View this post on Instagram
Berkongsi mengenai perkembangan terkini, De Fam memaklumkan mereka akan tampil dengan lagu single terbaharu dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, enggan berkongsi lanjut mengenai perkara itu yang dianggap sebagai ‘surprise’ buat peminat.
De Fam bakal melancarkan single baharu dalam masa terdekat tetapi tajuknya belum boleh kami kongsikan lagi.
“Konsepnya akan membawa kembali kepada corak karya ketika kami muncul sekitar sembilan tahun dulu yang tentunya memenuhi keinginan pendengar,” kongsinya.

Terdahulu, selain De Fam, 6ixth Sense dan Ella, pentas mega After Race Fest bersempena perlumbaan MotoGPTM yang berlangsung di Helipad Litar Antarabangsa Petronas Sepang (SIC), pada 3 November depan akan dihangatkan dengan kehadiran penyanyi rap Amerika Syarikat (AS), Maclemore, band rock yang popular, Smash Mouth, Nidji dan Feel Koplo .