
PETALING JAYA: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak khabar angin berhubung “Langkah Dubai” dengan mengulangi sokongan kepada kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.
Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Fadillah Yusof berkata beliau tidak pernah dengar mengenai cubaan menggulingkan kerajaan semasa dan Ahli Parlimen GPS “tiada masa melayan drama politik” kerana memfokuskan ekonomi negara.
“Saya tidak tahu. Apa yang pasti ialah GPS berulang kali mengulangi keutamaan kami ialah mempunyai kerajaan stabil dan kukuh.
“Kami mahu fokus semua usaha atas pemulihan ekonomi dan kesejahteraan rakyat,” katanya dipetik Borneo Post.
Spekulasi “Langkah Dubai” timbul susulan perbincangan pemimpin pembangkang dan wakil tertentu kerajaan ketika lawatan mereka ke ibu negara Emiriah Arab Bersatu…
