Disiarkan sejak 7 September lalu, telefilem Insan Terpilih telah berjaya memperoleh 1.1 juta jumlah tontonan sekali gus menjadikan ia trending nombor 5 menerusi laman Youtube.
https://www.youtube.com/watch?v=8FNn-BqVCRw&t=4s
Berita gembira berkenaan turut dikongsi oleh watak utama iaitu Syazwan Zulkifly menerusi laman Instagram miliknya hari ini.
https://www.instagram.com/p/B2S4R6TAxSZ/
Insan Terpilih merupakan satu naskah yang berjaya membawa emosi sedih penonton sehingga ramai yang mengalirkan air mata.
Telefilem tersebut mengisahkan mengenai seorang pemuda kurang siuman yang selalu ke surau tetapi bukan untuk bersolat. Perwatakannya yang baik telah menyentuh hati ramai jemaah.
Drama arahan Nazir Jamaluddin ini turut dibarisi gandingan mantap Syazwan Zulkifly (Firdaus) dan Jay Iswazir (Leman).
Post comments (0)