Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Tak Sangka Dah Ada Bin & Binti AMAR”

today11 February 2020

Background

Pelakon terkenal, Amar Baharin baru sahaja menimang cahaya mata kedua pada 1 Februari lalu.

Menerusi laman Instagram miliknya, suami kepada aktres Amyra Rosli itu ada memuat naik foto kedua anaknya dengan kapsyen yang berbunyi ” tak sangka dah ada bin & binti AMAR”.

https://www.instagram.com/p/B8U02heJSup/

Lantas, foto comel itu mendapat perhatian peminat serta rakan artis yang turut mengucapkan tahniah atas berita gembira itu.

Menjengah ke laman Instagram Amyra pula, puteri kecil mereka itu telah diberi nama Ayra Aryssa dan turut memiliki akaun Instagram sendiri dengan 74,000 jumlah pengikut setakat ini.

https://www.instagram.com/p/B8S6fqEpK7f/

https://www.instagram.com/p/B8V5I0YFKel/

Untuk rekod, Amar dan Amyra berkahwin pada November 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Aqeef Anaqi pada 15 Oktober 2017.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *