Apabila bercakap tentang figura yang satu ini, hampir satu Malaysia kenal siapa beliau. Noor Neelofa Mohd Noor, satu nama yang sangat popular di Malaysia malah di negara serantau. Mana tidaknya, pengikut di laman sosial Instagram sahaja sudah cecah 7.7 Juta!
Terbaru, Neelofa mencuri tumpuan warganet apabila ada beberapa foto yang dimuat naik, mengenakan sarung kaki dalam setiap penampilannya.
https://www.instagram.com/p/CEx8JNTHOVg/
Menerusi laman sosial Instagram, Neelofa berkongsi foto OOTD terbarunya yang menutup aurat kaki dan berpakaian longgar dilihat cukup sopan untuk tatapan umum.
“Maximised comfort and keeps your look polished,” tulis Neelofa di ruangan kapsyen.

Rata-rata warganet turut memuji Neelofa dengan penampilannya dan turut terinspirasi untuk turut memakai pakaian longgar dan menjaga aurat kaki mereka.

Semoga Neelofa terus istiqomah!
Post comments (0)