Connect with us

Story

Tampil Classy & Bergaya Dengan Jam Tangan Solvil et Titus Untuk Raya Tahun Ni!

Pelbagai koleksi mengikut citarasa anda.. Warna dan tema menjadi pilihan tak kisah la lelaki ke perempuan, semua Solvil et Titus ada.

Published

on

Sempena Syawal 2021 ni, selain daripada penyediaan baju raya, korang juga perlu tampil bergaya dengan memakai aksesori seperti seutas jam tangan! Barulah raya tu rasa macam lengkap kan?

Agak-agak jam tangan apa yang menjadi pilihan ramai sekarang ni eh? Ha…semestinya jenama Solvil et Titus!

Bukan saja design nya yang cantik, malah dengan memakai jam ini ia membolehkan korang mengekpresikan rasa cinta dan menghabiskan lebih banyak masa dengan keluarga korang pada raya ini. Selain itu, jenama ini terdiri daripada pelbagai pilihan jam tangan bagi lelaki dan wanita.

Nak tau lagi apa yang menarik? Jom tengok!

Memiliki reka bentuk & warna yang menarik

Pemakaian jam tangan menggambarkan personaliti dan identiti seseorang. Ia bukan sekadar untuk mengetahui masa saja. Malah, ia juga telah menjadi aksesori wajib buat lelaki dan wanita untuk membolehkan mereka tampak bergaya dan lebih stail.

Jadi, dengan Solvil et Titus ni memang ngam sangat lah. Nak tau kenapa? Sebab ia terdiri daripada pelbagai design dan warna menarik yang membolehkan korang kelihatan lebih yakin untuk berinteraksi dengan orang.

Antara koleksi nya terdiri daripada pelbagai reka bentuk, tema dan warna seperti dibawah:


Classicist

Exquisite

Solvil et Titus hadir dengan jam tangan ala klasik bagi mengimbau tema yang tak lekang dek zaman. Selain tu, kalau korang sejenis peminat tona warna pastel dan nak dipadankan dengan tona warna gelap, korang boleh pilih koleksi Exquisite kerana ia akan menyerlahkan lagi kecantikan si pemakai.

The Cape

Korang juga akan nampak cool dan bergaya bersama koleksi The Cape dengan tona warna mint yang semestinya dapat memberi nafas segar di Aidilfitri kali ni. Koleksi ini juga merupakan sejenis jam penyelam automatik tau!

The Letter

Bukan tu saja, hadir dengan koleksi The Letter dengan gabungan tona hitam dan ros keemasan akan memadankan lagi korang si pemakai dan kelihatan sangat menawan.

Saber & Fashionista

Serlahkan kemaskulinan korang dengan koleksi Saber dengan tona warna hijau yang segak dihari raya nanti! Buat wanita yang suka bergaya ala ala fashionista pula, korang boleh lah padankan warna lembut dengan koleksi Fashionista, pasti sedap mata memandang.

Barista

Ha.. yang ni pula hadir dengan tona warna biru, koleksi Barista ini pasti membuatkan siapa saja yang pandang korang akan terpikat. Orang kata setenang tenang laut biru, tenang lagi memandang si dia berjam biru. Eh!

Modernist

Akhir sekali, koleksi Modernist menampilkan reka bentuk maskulin yang moden dengan lekukan halus, bentuk asas dan agak menarik buat para lelaki di luar sana. Reka bentuk geometri ringkas menjadikan rupa nya yang harmoni dan sempurna. 

Harga berpatutan dengan kualiti yang bagus

Ada yang kata bila nak beli jam dari jenama terkenal ni, harga memang boleh buat pengsan. Sebenarnya kalau korang nak tahu, kualiti sesuatu barangan biasanya hadir dengan harga yang berpatutan dan mampu milik.

Begitu juga dengan jenama Solvil et Titus! Bermula dari RM350, korang dah boleh dapat jam yang mewah dan terungggul dari mereka ni tau!

Ada 2 tahun waranti serta penghantaran percuma ke rumah!

Macam biasa, kalau korang beli barangan berjenama mewah ni kalau ada kerosakan mesti dapat waranti*. Macam tu jugalah dengan jam tangan Solvil et Titus ni, korang akan dapat 2 tahun waranti. Jadi, kalau ada apa-apa yang berlaku atas jam korang, boleh terus ke City Chain.

Bukan tu je, dengan pembelian yang korang buat, korang juga akan dapat servis penghantaran percuma tau! Jangan risau, takde caj untuk korang. Nak hadiahkan untuk keluarga korang dekat kampung pun senang lepas ni. Yang penting dalam Malaysia saja ya…

*tertakluk pada terma dan syarat

Jangan lepaskan peluang korang untuk beraya & bergaya dengan jam baru!

Ha tunggu apa lagi? Jom cepat-cepat grab dan jangan lepaskan peluang korang untuk dapatkan jam tangan dari Solvil et Titus! Pelbagai warna dari koleksi berbeza yang korang boleh pilih dan padankan dengan baju raya korang nanti

Nak tahu macam mana nak dapatkan? Senang je! Korang boleh layari laman web Solvil et Titus untuk tengok reka bentuk jam tangan mereka sekarang! Raya nanti bolehlah korang pakai dan bergaya dengan jam baru.

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Office
    +603-7710 5022
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.