Imbas untuk muat turun aplikasi

Lifestyle

Tampil Dengan Bare Face, Selebriti Ini Masih Kelihatan Cantik!

today8 September 2020

Background

Kata orang kaum wanita ini bersolek hanya untuk impress kaum lelaki, betul ke? Makeup ini bukan la semata-mata untuk memuaskan hati orang lain atau menunjuk-nunjuk tetapi ia lebih kepada kepuasan diri sendiri. Kita mesti akan cakap golongan selebriti ini mana nak tunjuk wajah mereka tanpa makeup, semuanya post gambar dengan makeup tebal. Tetapi sebenarnya ada je selebriti yang lebih selesa tanpa makeup, jom kita intai siapa selebriti yang masih kekal cantik tanpa alat solet itu agaknya.

MIRA FILZAH

https://www.instagram.com/p/B5b1ht2BNN6/

Ya, kami tahu korang mungkin dah bosan dengar nama Mira Filzah memandangkan minggu ini semua berita siarkan tentang majlis perkahwinan penuh gilang-gemilangnya bersama dengan pasangan, Wan Emir. Walaupun wajahnya ‘kosong’ tanpa secalit makeup, Mira masih kelihatan berseri disebabkan wajahnya yang sangat flawless ini. Tengok sahaja la Instastory dia waktu tengah workout, tengah berpeluh pun masih cantik ya guys!

NUR FAZURA

https://www.instagram.com/p/CErN16oFt28/

Kata orang seri ibu mengandung ini lain sikit, sebab tu la bila tengah mengandung ini wajah Fazura bertambah berseri walaupun tanpa solekan. Lagi pula sekarang ini Fazura sedang sarat mengandung, mesti dah tak larat nak bersolek kan? Tak apa la, bare face pun tetap cantik tau mummy to be ni.

JENNIE BLACKPINK

https://www.instagram.com/p/CDlkKKJjN8G/

Biasanya orang Korea ini memang jarang nak makeup tebal, sebab mereka lebih selesa dengan light makeup sahaja memandangkan kebanyakan mereka ini jenis yang bangun tidur pun dah cantik.Β Kadang-kadang sampai tak tahu nak bezakan sama ada mereka ini pakai makeup atau tidak. Tengok sahaja la Jennie Blackpink ni, muka bare face bangun tidur pun masih maintain cute. Patut la ramai yang minat dengan Jennie, dia punya kecomelan itu memang semulajadi.

BELLA HADID

https://www.instagram.com/p/CES4l7-Acy4/

Kata orang ‘less is more’, so tak salah kan kalau sekali sekala post selfie bare face? Supermodel antarabangsa, Bella Hadid sendiri tak kisah untuk kongsikan gambarnya tanpa sebarang makeup diwajah. Tengok sahaja la semua gambarnya dekat Instagram miliknya, banyak je gambar bare face, masih kekal cantik kan?

Kalau selebriti ini pun boleh confident tampil tanpa makeup, kenapa tidak bagi kita? Jangan malu untuk tunjukkan flaws korang kerana takut kena judge sebab semua orang ada kelemahan dan kelebihan mereka yang tersendiri. Chill okay guys, kita semua cantik walaupun tanpa makeup!

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *