
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meneliti cadangan meminda undang-undang berkaitan kuasa digital syarikat telekomunikasi bagi mengawal platform media sosial dalam usaha menangani masalah penipuan dalam talian.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu sedang diselaraskan Bank Negara Malaysia (BNM) dan syarikat telekomunikasi turut telah dimaklumkan.
“Tetapi (wujud) kebimbangan, ada reaksi nampak macam undang-undang (akan diperketat), maka kami sedang meneliti (cadangan itu),” katanya pada Forum Ilmuan Malaysia Madani Siri 4.
Anwar yang juga menteri kewangan berkata demikian menjawab soalan berhubung usaha menangani isu penipuan dalam talian yang semakin serius di negara ini.
Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Ramli Mohamed Yoosuf berkata, penipuan menjadi kesalahan jenayah komersial tertinggi dilaporkan…