Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Tanpa Belas Kasihan, Thailand Belasah Kemboja 16-0

today3 April 2022

Background
Futsal Thailand




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Thailand terus membuktikan kehandalan apabila tidak berdepan masalah untuk membelasah Kemboja 16-0 pada aksi kedua Kejuaraan Futsal AFF 2022 yang berlangsung di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok sebentar tadi.

Segar dengan kemenangan 13-0 bertemu Brunei semalam, Thailand yang dibimbing Carlos Cesar Nunez Gago nyata tidak memberikan laluan mudah buat Kemboja pada perlawanan ini.

Lebih manis buat Thailand pada perlawanan ini dimana Muhammad Osamanmusa meledakkan empat jaringan manakala Peerapat Kaewwilai pula menjaringkan hatrik dalam membantu kemenangan kedua berturut-turut ini.

Diasak sejak dari awal permainan menyaksikan penjaga gol Kemboja, Chanveasna Phoeun bekerja keras untuk mengelak gawangnya daripada dibolosi susulan tiga percubaan berbahaya diledakkan Peerapat Kaewwilai dan Ronnachai Jungwongsuk.

Muhammad Osamanmusa cemerlang jaringkan empat gol. Kredit Foto: Thailand NT…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post