
KEMAMAN: Barisan Nasional (BN) perlu bekerja keras sepanjang dua minggu kempen PRK Kemaman untuk menarik semula kepercayaan penduduknya yang pernah menjadi pengundi tegar Umno dan gabungan itu sebelum ini.
Bekas Adun Kemasik, Abu Bakar Ali, berkata parti itu perlu merungkai sebab Parlimen tersebut yang sebelum ini terkenal sebagai kubu kuat Umno, namun boleh jatuh ke tangan pihak lawan dengan jumlah undi majoriti tinggi.
“Tiba-tiba kita kalah dengan majoriti begitu tinggi, 27,000. Kali ini tak perlu cari 27,000 nak lawan dia, kita nak cari separuh daripada itu, sekitar 14,000 penyokong kuat Umno yang tiba-tiba lari kepada PAS sekiranya kita nak menang.
“Itu sahaja caranya, kerja sungguh-sungguh untuk tarik balik, buat la cara macam mana, aktiviti perjumpaan, kita tarik balik dia kerana dia sebenarnya nak Umno tetapi mungkin ada…