Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tawar tiket ‘mampu milik’ sempena Sukma, exco seru syarikat penerbangan

today21 July 2024

Background


Pakej pelancongan sukan yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan secara tidak langsung akan memberi impak limpahan ekonomi kepada Sarawak, kata Mohd Hairi Mad Shah. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Syarikat penerbangan diminta menawarkan harga tiket mampu milik dari Semenanjung ke Sarawak sempena Sukan Malaysia (Sukma) 2024 yang akan berlangsung bermula 17 Ogos ini.

Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Mohd Hairi Mad Shah berkata, inisiatif itu dilihat dapat memberi peluang kepada seluruh rakyat untuk menyaksikan temasya dwitahunan terbesar itu.

“Jika pakej pelancongan sukan ditawarkan, ia secara tidak langsung akan memberi impak limpahan ekonomi kepada Sarawak.

“Selain itu, kita turut harap tiada masalah penangguhan penerbangan, ini antara kebimbangan kita,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan amanat kepada pasukan kontinjen Sukma Johor di Iskandar Puteri, disertai Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post