Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Tayangan Filem Pagari Bulan Bakal Dibatalkan, Michael Ang Luah Rasa Terkilan

today11 October 2023

Background

Pengarah drama dan pelakon terkenal, Michael Ang meluahkan rasa kecewa dan terkilan apabila filem Pagari Bulan gagal mendapat sambutan yang hangat di pawagam.

Michael meluahkan perkara itu menerusi hantaran video berdurasi 1:10 minit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Menurut Michael, promosi menjadi sebab filem Pagari Bulan arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad dan terbitan isterinya, pelakon Sharifah Shahora kurang mendapat sambutan.

β€œRamai orang yang memberi komen bahawa filem itu bagus, penulisan skripnya baik dan kebanyakan penonton memberikan rating yang tinggi.

β€œPengkritik-pengkritik filem Melayu turut bersetuju dengan kualiti Pagari Bulan. Bahkan, sinematografi, cara pengarahan juga mantap di samping penerapan unsur-unsur sejarah yang menjadikan filem ini lebih menarik.

”Tapi, masalahnya tiada sambutan kerana promosi tak cukup kuat. FINAS buat apa?” soal Michael.

Dalam pada itu, Michael turut kesal dengan tindakan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang sewenang-wenangnya membatalkan tayangan filem Pagari Bulan sedangkan tayangan dikatakan boleh dilakukan selama 14 hari.

Menjengah ruangan komen video ringkas Michael yang dimuat naik malam tadi, rata-rata pengikut filem itu juga tidak tahu akan kewujudan naskhah terbabit, malah ramai pula yang berterima kasih kepada Michael atas perkongsian filem Pagari Bulan tersebut.

β€œSerius baru tahu ada cerita ni kat panggung.”

β€œBila tengok video ni baru tahu ada filem tu.”

β€œTak pernah nampak iklan pun,” komen netizen.

Sementara itu, terdapat beberapa pengikut Michael yang meminta agar pihak produksi berusaha lebih giat lagi dalam usaha mempromosikan filem di pelbagai platform media sosial, seperti Facebook, Tiktok dan Instagram.

Menurut pemilik akaun @arezmie, pihak produksi tidak boleh senyap selepas pembikinan filem dan tidak wajar mengharapkan penonton sendiri yang mencari maklumat tanpa adanya iklan.

Rentetan itu, Michael yang muncul sebagai watak cameo dalam Pagari Bulan merayu seluruh rakyat Malaysia untuk menonton Pagari Bulan di pawagam.

Michael percaya walaupun filem ini kekurangan promosi, namun tetap akan mandapat sambutan dengan kehebatan kuasa viral netizen.

β€œKorang tologlah, korang kan netizen terhormat-terhormat. Kuasa viral korang memang hebat. Apa kata korang tolong viralkan Pagari Bulan?” rayu Michael pada detik-detik akhir video.”

Pagari Bulan sebuah kisah penjajahan Jepun di Kelantan dibarisi pelakon hebat tahah air iaitu Nazeera sardi, Aniq Durar, Trisha Ooi, Andy Teh, Alvin Wong dan Michael Ang.

Written by: Salma