Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Teknologi Makin Maju, Polis Bantuan Di Stesen Keretapi Bakal Pakai Topi Keledar Scan Suhu

today13 October 2020

Background

Demi keselamatan pengunjung, pegawai KTMB (Keretapi Tanah Melayu Berhad) akan melakukan rondaan dengan memakai topi keledar pengimbas suhu yang baharu supaya dapat terus mengesan suhu pengunjung di dalam keretapi ataupun di platform sendiri.

Pihak KTMB telah kongsikan gambar para petugas di Facebook milik mereka pada 13 Oktober.

Pelaksanaan teknologi baharu itu dapat memudahkan para petugas supaya dapat terus mengesan suhu badan pengunjung yang berada di dalam keretapi, di stesen dan juga platform.

Pada masa yang sama, pemakaian topi keledar itu juga merupakan salah satu inisiatif terbaharu bagi pihak KTMB membentung penularan virus Covid-19.

Dengan penggunaan helmet ini, anggota Polis Bantuan (PB) yang membuat rondaan akan dapat mengesan penumpang bergejala melalui alat teknologi canggih itu.

Bukan itu sahaja, pengunjung juga akan bertambah yakin dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak KTMB.

Namun, penggunaan topi keledar itu masih lagi dalam peringkat percubaan bagi menilai semula tahap keberkesanan dan kesesuaian kepada pihak anggota Polis Bantuan di setiap stesen KTMB.

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

KTMB Perkenal Helmet Pengimbas Suhu Untuk Kawal Covid-19, Netizen Samakan Dengan ‘RoboCop’

"Diharap dengan kaedah-kaedah yang dilaksanakan itu akan dapat meningkatkan keyakinan para penumpang untuk menggunakan perkhidmatan KTMB," katanya.Inisiatif berkenaan telah mendapat perhatian daripada netizen di Facebook, tetapi ada juga yang berseloroh menyamakan PB dengan watak dalam filem RoboCop, Star Wars, Dragonball dan macam-macam lagi. Antara komen menarik daripada netizen di... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today13 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *