5 Januari lalu, sebiji telur memecah rekod di Internet apabila gambarnya yang dimuat naik di Instagram “world_record_egg” mendapat 26 juta likes.
Ia sekali gus menewaskan pemegang rekod Likes paling banyak di Instagram milik Kylie Jenner, iaitu sebanyak 18.1 juta likes, apabila dia memuat naik gambar anaknya Stormi pada Februari tahun lalu.
Dan selepas 15 hari dari hari pertama ia dimuat naik, gambar telur itu telah mendapat 50.7 juta likes di Instagram!
https://www.instagram.com/p/BsOGulcndj-/?utm_source=ig_web_copy_link
Kini, akaun Instagram itu dah mempunyai 3 keping gambar telur, dengan yang terkini menunjukkan keretakan pada telur, seolah-olah memberi bayangan telur bakal “menetas”.
https://www.instagram.com/p/Bs84JbRHsTN/?utm_source=ig_web_copy_link
Tetapi, apa sebenarnya yang cuba disampaikan oleh individu di belakang nama akaun “world_record_egg” ini?
Dan siapa sebenarnya individu yang membuka akaun telur ini?
Menerusi Daily Mail, lelaki yang bertanggungjawab menjadikan telur ini tular di Internet ialah seorang pengurus pemasaran muda berusia 19 tahun bernama Ishan Goel dari Masachusettes.
https://www.instagram.com/p/Bs1wvnrHRhj/?utm_source=ig_web_copy_link
Dia tidak mendedahkan rahsia “kejayaan” gambar telur itu, tetapi dia hanya menjadikan imej itu tular, dengan bantuan selebriti dan “influencer” media social.