Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tentera dan isteri maut kereta terbabas di Gua Musang

today2 June 2024

Background


kemalangan gua musang
Kereta dipandu Ridwan Effendy Yusof, 43, dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh tembok longkang tepi jalan, mengorbankan dirinya dan isteri, Suhana Khairudin, 37. (Gambar Bernama)

GUA MUSANG: Seorang anggota tentera bersama isteri maut manakala dua anak mereka cedera dalam kemalangan di KM43 Jalan Gua Musang-Lojing hari ini.

Mangsa yang maut dalam kemalangan pada 9.35 pagi itu dikenali sebagai Ridwan Effendy Yusof, 43, dan isteri Suhana Khairudin, 37.

Ketua Polis Gua Musang Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dipandu Ridwan Effendy dalam perjalanan dari arah Ipoh menghala ke Gua Musang.

Kereta tersebut dipercayai hilang kawalan dan terbabas di bahu jalan sebelah kiri lalu merempuh tembok longkang tepi jalan.

“Akibat rempuhan itu, suami isteri berkenaan tercampak keluar dari kenderaan dan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Sik berkata, kedua-dua anak pasangan tersebut dibawa ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat bawah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post