Datuk Seri Siti Nurhaliza, baru-baru ini sekali lagi tampil dengan single terbaharu berjudul Terang hasil ciptaan komposer Aubrey Suwito dan penulis lirik Shah Shamshiri.
Menerusi laman Instagram rasmi milik Datuk Seri Siti Nurhaliza pula, dia turut menyatakan single terbaharu ini sudah pun diperdengarkan buat kali pertama di sebuah program temubual baru-baru ini.
https://www.instagram.com/p/B4OtdTUHey_/
Menariknya kali ini, lagu tersebut telah dipilih menjadi lagu tema kempen perusahaan kosmetik miliknya.
Selain itu, lagu ini turut dedikasikan sebagai hadiah dan semangat kepada kanak-kanak pesakit jantung untuk mereka sembuh semula dan seterusnya membantu mereka untuk meneruskan kehidupan yang ceria seperti kanak-kanak yang lain.
Post comments (0)