Connect with us

Yang Hangat

[TERGEMPAR] Sharnaaz Ahmad Dan Noor Nabila Sah Bercerai

Hmm bersabarlah…

Published

on

Akhirnya segala persoalan terungkai apabila pelakon, Sharnaaz Ahmad dan isterinya yang juga ahli perniagaan, Noor Nabila mendedahkan sudah sah bercerai pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Noor Nabila yang juga kakak kepada pengacara, Neelofa ketika dihubungi Harian Metro.

Kata Nabila, dia bersyukur kerana semasa proses penceraian, dia dan bekas suaminya, Sharnaaz berada dalam keadaan yang baik dan mereka berdua menerima dengan hati terbuka.

“Saya syukur proses ini berjalan dalam keadaan saya dan Sharnaaz dalam hubungan yang baik. Jadi kita terima dengan hati terbuka dan akur ketentuan Allah SWT.” 

Mengatakan yang mereka tidak pernah terfikir yang jodoh mereka sampai di sini, Nabila dan Shaarnaz akur dengan ketentuan Allah SWT.

“Kami anggap apa yang berlaku jodoh tak panjang dan tak pernah fikir jodoh kami sampai di sini saja. Lagipun mana ada orang kahwin nak bercerai.” – Noor Nabila

Nabila juga berharap dia dan bekas suaminya boleh saling bekerjasama dengan baik untuk membesarkan anak tunggal mereka, Jebat Jayden dan berharap Jayden tidak akan terkesan dengan apa yang terjadi antara mereka.

Menambah lagi Nabila berkata, dia tidak bermusuh dengan Sharnaaz sebaliknya mereka kini saling bertukar pendapat dan berkawan.

Kami di Hot FM mendoakan supaya segala kesulitan yang dihadapi Nabila dan Shaarnaaz akan dipermudahkan Allah SWT.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Hot FM
secara live di aplikasi
Tersedia di