“Saya terkejut apabila nama Oktovia dikaitkan dalam hubungan kami. Apa yang berlaku, itu antara saya dan Redza, jangan babitkan orang lain.

Ketika ramai cuba mencari kepastian mengenai spekulasi hubungan baik dengan Redza Rosli yang dikatakan sudah berakhir, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat, berharap tiada pihak lain dikaitkan antara mereka.
Ayda juga terkejut apabila pelakon Oktovia Manrose, tiba-tiba terheret dalam isu itu.
“Jika isu yang timbul itu dikatakan sebagai punca kononnya hubungan kami renggang, saya tidak mahu ambil tahu kerana ia tiada kaitan dengan saya.”
Ketika diminta mengulas spekulasi hubungan baiknya dengan Redza yang dikatakan sudah berakhir, Ayda mengambil pendirian untuk tidak memberikan sebarang pengesahan.
Menurutnya, dia dan Redza sudah bersetuju untuk tidak membangkitkan perkara itu demi menjaga hati pelbagai pihak.
Sumber: Berita Harian
Post comments (0)