Tular lagi di laman sosial mengenai berita palsu tentang kerajaan melarang untuk merentas negeri semasa perayaan Aidiladha pada 31`Ogos ini.
Untuk pengetahuan anda, kenyataan ini adalah palsu seperti yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini di laman sosial Twitter rasmi @KKMPutrajaya.
Kenyataan ini adalah palsu. Mohon untuk rujuk sebarang perkembangan terkini dan yang sah mengenai Covid-19 melalui platform media sosial KKM.
Selain Twitter, KKM turut mempunyai akaun:
1. Facebook – Kementerian Kesihatan Malaysia
2. Instagram – Kementerian Kesihatan Malaysia pic.twitter.com/C2XkysK5Ki— KKMalaysia🇲🇾😷 (@KKMPutrajaya) July 23, 2020
Mohon untuk tidak menyebarkan berita palsu dan sila rujuk sebarang perkembangan terkini dan sah mengenai Covid-19 melalui platform media sosial KKM di Twitter @KKMPutrajaya, Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia dan Instagram Kementerian Kesihatan Malaysia.
Menambah lagi, mulai 1 Ogos ini, pelitup muka wajib dipakai di dalam kenderaan awam dan ketika berada di kawasan sesak atau tumpuan umum seperti pasar, pasar tani dan pasar raya serta stesen pengangkutan awam. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yakub, berkata langkah itu diambil berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19. Dengan arahan terbaru itu, orang ramai juga boleh memakai topeng muka yang dijahit sendiri tetapi perlu mematuhi spesifikasi yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
Post comments (0)