Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

TERKINI: Garis Panduan Kedai Gunting Rambut Sedang Disediakan

today1 June 2020

Background

Semenjak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan kedai gunting rambut, salun kecantikan dan kedai cermin mata di seluruh negara tidak dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), ramai yang merungut.

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 1 Jun 2020 memaklumkan prosedur operasi standard (SOP) kedai gunting rambut sedang disediakan.

Perkara itu dimaklumkan selepas soalan diajukan oleh salah seorang wartawan yang berada di sidang media yang sama.

Tegasnya juga, orang ramai dilarang untuk memanggil tukang gunting rambut peribadi ke rumah kerana ia adalah satu kesalahan.

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *