Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

TERKINI: Malaysia Airlines Tawar 20% Diskaun Penerbangan Domestik Kepada Pensyarah, Guru & Pelajar

today8 July 2020

Background

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media pada 8 Julai 2020 memaklumkan diskaun 20% akan diberikan kepada guru sekolah, pensyarah institut pengajian tinggi awam dan swasta bagi perjalanan domestik.

Tiket berkenaan boleh dibeli bermula dari 9 Julai hingga 10 Ogos 2020, manakala tarikh perjalanannya pula bermula dari 10 Julai hingga 30 November 2020.

Tiket itu juga boleh dibeli menerusi laman sesawang dalam talian selain kod promo pula akan diumumkan Kemnterian Pengajian Tinggi.

Menurutnya lagi, diskaun 20% untuk pelajar boleh dinikmati menerusi mh explorer di mana memperuntukkan pelajar tersebut menjadi ahli melalui sesawang rasmi Malaysia Airlines mengikut syarat yang ditetapkan.

Datuk Seri Ismail Sabri turut berharap syarikat penerbangan lain turut dapat mengikut serta Malaysia Airlines dalam memberikan promosi yang baik untuk golongan-golongan lain.

Written by: Azra Azuar

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *