Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

TERKINI: Melaka, Perak & Pulau Pinang Negeri Paling Tinggi Cuba Rentas Negeri

today22 May 2020

Background

Bilangan kenderaan cuba melakukan perjalanan rentas negeri terus meningkat apabila sebanyak 2,539 kenderaan dikesan menghala ke kampung halaman pada 21 Mei 2020.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata polis mengarahkan semua kenderaan itu berpatah balik kerana perjalanan rentas negeri adalah melanggar peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Melaka, Perak & Pulau Pinang Paling Tinggi Bilangan Rentas Negeri,” ujarnya

Berdasarkan statistik, sebanyak 886 kenderaan di Melaka cuba merentas negeri, sekali gus menjadi rekod tertinggi, disusuli Perak (362 kenderaan) dan Pulau Pinang (284 kenderaan).

 

 

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *