Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

TERKINI: Pelanggan Boleh Buat Aduan Jika Pemilik Premis Gunakan Pengimbas Suhu Cap Ayam

today15 June 2020

Background

Pelanggan boleh membuat laporan jika pengusaha atau pemilik premis perniagaan menggunakan pengimbas suhu yang tidak diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media pada 15 Jun 2020 memaklumkan, pengimbas suhu tersebut mestilah mendapat kelulusan daripada Medical Device Authority, selain membelinya di farmasi dan bukan pasar malam atau sebaliknya.

“Kalau dah beli, mereka (pemilik premis perniagaan) perlu perhatikan dari segi ketepatan untuk periksa sushu. Kalau ada masalah, perlu hantar untuk diperiksa semula,”

Bagaimanapun menurutnya, pihak KKM dan PDRM tidak akan memantau pengimbas suhu di setiap premis kerana ia bukan kepakaran untuk mereka bagi memeriksa perkara berkenaan.

Jelasnya, apa yang penting ketika ini pengusaha itu sendiri yang mestilah mengambil inisiatif .

 

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *