Kalau ada banyak kereta di luar rumah, pihak polis akan siasat rumah berkenaan, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Katanya, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengesan individu yang disyaki melakukan kesalahan pergerakan rentas negeri tanpa permit.
https://www.facebook.com/hotfm976/videos/690738215025893/
Tegas beliau lagi, prosedur operasi standard (SOP) rentas negeri yang dibentangkan masih lagi sama seperti sebelum ini selain mengingatkan orang ramai bahawa tidak boleh rentas negeri kecuali terdapat kes kecemasan atau hal berkaitan.
Selain itu, beliau memaklumkan sebanyak 1,633 kenderaan yang cuba merentas negeri pulang ke kampung telah diarah berpatah balik.
Dalam sidang media yang sama juga, beliau menasihati agar rakyat Malaysia mendapatkan kebenaran pihak polis terlebih dahulu sebelum membeli tiket kapal terbang.
“Suami isteri pun tak dibenarkan rentas negeri pada hari raya. Hari-hari biasa sahaja boleh,” tegasnya.
Datuk Seri Ismail antara lain turut menekankan bahawa suami isteri yang tinggal berjauhan tidak boleh mengambil kesempatan atas kebenaran rentas negeri yang diberikan oleh pihak berkuasa.
Post comments (0)