Pempengaruh, Marissa Dania berpendapat bahawa berdiam diri hanya akan mengeruhkan keadaan yang boleh membawa fitnah.
Anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim ini seolah-olah menjawab spekulasi segelintir pihak yang mempertikaikan mengapa dia bersuara setelah sekian lama terkait pelbagai isu.
“Apabila kita membuat pilihan untuk berdiam diri dan bertapis, terlalu banyak spekulasi yang timbul sehingga terjadinya fitnah,” tulisnya di kapsyen video berkenaan.
Video tersebut memaparkan Marissa sedang memakai alat solek yang meraih tontonan sebanyak 12,000.
@marissadaniahakim_ #skintific @skintific.my
Sebelum ini, Marissa dan ibunya, Abby Abadi meraih perhatian selepas hadir ke sebuah acara, Sabtu lalu.
Ketika ditemui, Marissa menegaskan dia tidak pernah ketepikan ibunya susulan dakwaan merahsiakan khabar pemergian bayi sulungnya pada Ogos lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Reda Kehilangan Bayi Sulung, Marissa Dania Jawab Isu Bersama Abby Abadi – “Saya Tak Ketepikan Mama, Suami Lebih Selesa Berhubung Dengan Papa”
Terdahulu, Marissa sebelum ini dikejarkan ke sebuah hospital apabila mengadu sakit perut selepas menghadiri sebuah acara pelancaran produk.
Susulan itu, Marissa, 19, dilaporkan bersalin ketika usia kandungannya berusia enam bulan namun bayi pra matang dilahirkan tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia.
Marissa yang juga isteri kedua Ahmad Aslam sebelum itu dikatakan mengadu sakit perut sebelum dibawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaan.
Begitupun, permata hati sulung mereka meninggal dunia ketika dilahirkan dan selamat dikebumikan sehari kemudian.
Marissa bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 sekali gus bergelar madu kepada isteri pertama lelaki terbabit iaitu Umisya Mazlan.
Artikel Berkaitan: Marissa Dania Tinggal Hantaran Berbaur Sinis Kepada ‘Haters’ – “Tinggal Satu Atau Dua, Supaya Yang Lain Boleh Jadi Penyampai”
Artikel Berkaitan: “Henti Kata-Kata Berbisa Anda, Dia Baru Hilang Zuriat Pertama!” – Pengurus Mohon Beri Marissa Dania Ruang
Artikel Berkaitan: “Henti Sebar Fitnah, Syukurlah Allah Masih Jaga Aib Kita” – Marissa Dania