Siapa je yang tak kenal dengan Billie Eilish, penyanyi yang membolot lima Anugerah Grammy ini?
Keluarga penyanyi Billie Eilish, baru-baru ini mendedahkan yang mereka pernah bercadang menghantar Billie ke pusat terapi kerana bimbang dengan sikap obses Billie terhadap penyanyi popular, Justin Bieber yang tidak boleh dibendung lagi.

Ibu bapa Billie, Maggie dan Patrick mengatakan yang mereka sangat prihatin dengan kasih sayang anak perempuan mereka yang tidak terhingga terhadap penyanyi itu.
“Dia (Billie) obses yang luar biasa hingga kami sedih melihat keadaan dirinya. Malah, kami rasa dia menderita kerana sikap obsesnya itu,” katanya.
Menurut ibu Billie, dia masih teringat ketika Billie menangis dalam perjalanan ke sebuah studio tarian apabila mendengar lagu popular Justin sekitar 2012.
Katanya, dia jadi tidak senang hati melihat Billie menangis teresak-esak.
“Sanggup ke ibu hantar ke pusat terapi walaupun itu amat memalukan buat saya?,” tanya Billie kepada ibunya.
Pendedahan mengejutkan yang dianggap sangat berani oleh ibu Billie itu dimuatkan dalam episod terbaharu rancangan radio ‘Bad Guy‘ di Apple Music.
Post comments (0)