Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Terus Ungguli Carta Billboard, Presiden Korea Selatan Ucap Tahniah Buat BTS!

today1 September 2020

Background

Annyeong! Siapa tak kenal dengan BTS? Kumpulan yang berjaya mencetuskan fenomena ke seluruh pelusuk negara.

Walaupun kumpulan berkenaan telah beberapa kali menjadi kumpulan K-Pop yang mengungguli carta album di Amerika Syarikat, baru-baru ini mereka sekali lagi berjaya mencatat peristiwa penting pada 31 Ogos 2020 selepas menduduki tangga pertama carta muzik Billboard Hot 100 menerusi lagu Dynamite.

Hot 100 merangkumi semua genre yang distrim dari Amerika Syarikat, radio dan data jualan. Manakala bagi carta berita pula, orang ramai boleh mengikutinya di laman Twitter dan Instagram rasmi Billboard.

Bukan itu sahaja, pencapaian mereka juga turut mendapat perhatian daripada Presiden Korea Selatan iaitu Moon Jae-in yang memuat naik ciapan menerusi laman Twitter rasmi milik beliau.

Pencapaian oleh kumpulan yang dianggotai oleh J-Hope, Jimin, Jin, Jungkook, RM, Suga dan V itu dilihat sekali gus mampu meneruskan pengaruh perkembangan genre tersebut pada peringkat global.

Terkenal dengan penampilan yang menarik, potongan rambut dan gerak tarian yang direka teliti, kumpulan itu kini menjadi antara ‘produk eksport’ muzik Korea Selatan paling terkenal serta menguntungkan.

bts

Lagu Dynamite sebelum ini pernah mencipta rekod menjadi muzik video paling tinggi tontonan di YouTube dalam sehari sekali gus mengatasi rekod dipegang BLACKPINK.

Ia juga menjadi sohor kini selepas itu dan menjadi satu pencapaian yang membanggakan buat BTS memandangkan ia lagu sulung mereka dalam bahasa inggeris sepenuhnya.

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *