Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Thailand memastikan skuad negara pulang ke tanah air dengan lebih awal apabila berjaya mencatatkan kemenangan 4-2 pada aksi terakhir kumpulan A Kejuaraan Futsal AFF 2022 yang berlangsung di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok sebentar tadi.
Ketika ramai yang menjangkakan pasukan tuan rumah akan mudah meraih kemenangan pada perlawanan ini, barisan pemain negara membuktikan semangat juang tinggi terutamanya ketika bertahan.
Disiplin ketika bertahan yang ditampilkan jelas memberikan masalah buat Thailand yang sentiasa mencari ruang terbaik untuk mendapatkan jaringan dimana peledak berbisa, Muhammad Osamanmusa menjadi tumpuan utama.
Bagaimanapun, faktor kualiti, konsentrasi serta aspek kecergasan dalam kalangan pemain menjadi jurang yang memisahkan kedua-dua pasukan.
Thailand yang memberikan tekanan hebat sejak dari awal permainan membuka tirai jaringan pada minit ketujuh selepas…