Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Thailand berjaya mengekang tekanan hebat ditampilkan Vietnam untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2020 selepas terikat tanpa jaringan pada aksi separuh akhir kedua yang berlangsung di Stadium Nasional, Singapura sebentar tadi.
Keputusan seri itu sudah cukup untuk membawa Thailand ke perhitungan akhir buat kali kesembilan selepas mereka menang 2-0 pada perlawanan pertama tempoh hari.
Kemaraan itu juga sekali gus menyaksikan Thailand dapat menebus kehampaan gagal ke pentas final edisi lalu selepas tunduk di tangan Malaysia pada aksi separuh akhir.
Ketika Thailand dilihat sedikit menguasai permainan sepanjang 90 minit aksi tetapi Vietnam yang ketinggalan dua gol lebih banyak menjelmakan serangan berbahaya ke kubu skuad kendalian Alexandre Polking itu.
Bagaimanapun, barisan pemain Thailand yang diketuai Chanathip Songkrasin jelas cukup berdisiplin dalam…