Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

The Matrix 20 Tahun! Keanu Reeves Kembali Dalam Matrix 4

today21 August 2019

Background
Foto mldspot.com

Filem Matrix bakal kembali dengan sekuel keempat!

Keanu Reeves akan kembali membawakan watak popularnya sebagai Neo, di samping Carrie Anne Moss sebagai Trinity.

Foto mldspot.com

Pengarah terkenal, Lana Wachowski disahkan menjadi pengarah dan penulis untuk sekuel keempat itu, di mana dia juga bertindak menjadi pengarah filem pertama Matrix 20 tahun yang lalu bersama adiknya Lilly, yang sebelum ini dikenali sebagai The Wachowski Brothers.

Sumber mengatakan Matrix 4 bakal memulakan penggambaran pada awal tahun 2020.

Jalan cerita sekuel keempat ini masih dirahsiakan, dan pelakon untuk watak Morpheus, yang sebelum ini dipegang Laurence Fishburne, juga masih belum diketahui.

Foto mldspot.com

Menurut Lana,

β€œIdea untuk menerbitkan sekuel terbaharu Matrix yang dibincangkan bersama Lilly 20 tahun yang lalu, kini semakin menghampiri realiti. Saya gembira karakter filem ini diberi peluang untuk bekerjasama sekali lagi.”

3 filem Matrix sebelum ini, The Matrix, The Matrix Reloaded dan The Matrix Revolutions telah meraih jumlah kutipan terkumpul lebih $1.6 bilion di peringkat global.

Ini antara babak-babak menarik dalam The Matrix (1999):

Meeting Trinity

Bullet Time

https://youtu.be/3c8Dl2c1whM

The Spoon

The One

Neo vs Agent Smith

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *