Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

This Is Malaysia, Single Terbaru Izzue

today29 August 2019

Background

Penyanyi dan pelakon, Izzue Islam buat pertama kalinya muncul dengan lagu patriotik sempena Kemerdekaan serta Hari Malaysia berjudul This Is Malaysia.

Menurut Izzue, lagu berkenaan hasil ciptaan bersama isteri Awin Nurin khas bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini.

β€œTahun lalu, saya pernah merakamkan lagu berjudul My City yang berkisar pada kecintaan terhadap negeri sendiri, Kelantan. Kini, saya dan isteri menghasilkan pula This Is Malaysia bagi menunjukkan semangat cintakan negara.
β€œPenghasilan lagu ini antara cara saya meluahkan rasa cinta dan kasih pada tanah air,” katanya.

Mula dikongsi di pelantar digital pada 24 Ogos lalu, Izzue berharap lagu This Is Malaysia diterima baik oleh masyarakat.

β€œSaya berharap, ia mampu menambat hati semua golongan masyarakat dengan muziknya yang bersifat santai atau lebih tepat, β€˜easy listening’. Lagu ini juga ditujukan kepada negara kita dengan harapan Malaysia terus maju, aman dan harmoni,” ujarnya lagi.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *