
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan bekas peguam negara (AG), Tommy Thomas membatalkan saman difailkan Shahrir Samad terhadapnya dan tiga lagi atas dakwaan melakukan pendakwaan berniat jahat.
Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain memutuskan kes itu akan menjalani perbicaraan penuh selama tujuh hari dari 9 hingga 12 Mac dan 27 hingga 29 April 2026.
Beliau turut menetapkan 11 Sept ini bagi pengurusan kes.
Perkara itu disahkan peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Shahrir ketika ditemui Bernama selepas prosiding dalam kamar.
Disember lepas, bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu memfailkan saman yang menamakan Thomas, bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya, SPRM dan kerajaan sebagai defendan.
Saman itu berkaitan sekeping cek RM1 juta diterima Shahrir daripada…