Siapa pernah tengok muka Lisa sewaktu kecil? Haa kali ini aktres dan pengacara jelita Lisa Surihani, berkongsi gambarnya sewaktu kecil bersebelahan dengan anak lelaki bongsunya, Yusof Leonne di laman sosial Instagram @lisasurihani.
https://www.instagram.com/p/CDkZnMhJJFz/
Lihat sahaja mimik muka Lisa dan Yusof, seakan lebih kurang sama. Alahai comelnya… bak kata pepatah ‘ke mana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi’ kan?
Berkongsi gambar itu dengan kapsyen ringkas bersama emoji senyuman, ramai pengikut di laman sosial Lisa meninggalkan komen mengatakan muka mereka ‘copy paste’!


Semoga keluarga kecil Lisa dan Yusry terus bahagia hingga ke Jannah!
Post comments (0)