Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Throwback Momen 14 Tahun Lepas, Elyana Dedah Cara Melamar Suami

today21 November 2023

Background

Penyanyi Elyana mengimbas kembali momen dia melamar suaminya, Khairul Anuar Husin sekitar tahun 2009.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal memuat naik sebuah foto yang memaparkan cara lamaran beliau.

Apa yang menarik perhatian adalah cara lamaran beliau yang meletakkan sekeping kertas dengan tertulis ‘Will You Marry Me?’ di cermin hadapan kereta suaminya.

“Febuari 2009. Kertas original saya melamar boyfriend saya. Lambat sangat tunggu dia ajak kahwin. Meh saya yang melamar.

“Lantak la orang nak cakap perigi cari timba. Yang nak kahwin kan kita… Nasib baik dia setuju nak kahwin.hahhaha!

“Pukul 2 pagi saya cari kedai yang jual kertas and marker pen. Ini kertas paling besar yang saya dapat. Saya letak kertas ni atas kereta dia. So bila dia balik kerja,nak masuk kereta.

“Siap kalau dah saling setuju, kena sign kat kiri kanan bucu kertas tu eh… jangan main-main. Alhamdulillah dah 13 tahun duduk sebumbung,” tulisnya.

Elyana membuat perkongsian tersebut sempena ulang tahun perkahwinan mereka ke-13 tahun.

Untuk rekod, Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan Cinta Sumayyah, 11, dan anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia tiga tahun.

Written by: Aqilah


Previous post