Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Tiada Rasa Cinta Pada Bekas Suami” – Rossa Selesa Berkawan Dengan Yoyo

today10 September 2024

Background

Penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa memaklumkan, anak tunggalnya, Rizky Langit Ramadan tidak bersetuju sekiranya dia dan bekas suami, Yoyo kembali merujuk sebagai suami isteri.

Jelas Rossa atau nama sebenarnya Rossa Roslaina Sri Handayani, 45, mendedahkan anak lelakinya itu lebih selesa mereka mengekalkan hubungan sebagai sahabat.

“Saya secara peribadi tak ada (cinta), tapi hanya keluarga.

“Rizky juga tidak memaksa kami kembali. Hubungan kami lebih baik sekarang. Saya dan Yoyo seperti abang dan adik. Kami sekarang harmoni sebatas keluarga,” katanya.

Rossa berkata demikian semasa ditemui pada sidang media All Access to Rossa 25 Shining Years di Pavillion, pada Isnin.

Mengulas mengenai filem dokumentari Rossa 25 Shining Years itu, pelantun lagu popular Tegar ini mendedahkan bekas suaminya, Yoyo mengambil masa beberapa hari sebelum bersetuju untuk menyertai bagi menceritakan sisinya mengenai rumah tangga mereka.

“Yoyo mengambil masa beberapa hari bersetuju untuk mendedahkan kisah peribadi kami dalam dokumentari ini.

“Dan kenapa kisah ini baru didedahkan sekarang adalah kerana ia tidak lagi akan merugikan mana-mana pihak.

“Kami berdua sudah bertenang dan saya juga mahu memastikan Rizky bersedia untuk berkongsi perasaan mengenai perceraian kami,” ujarnya.

Namun begitu, Rossa menjelaskan tidak semua kisah peribadi termasuklah perceraiannya bersama Yoyo didedahkan kepada umum kerana mahu memberi memberi tumpuan kepada perjalanan kerjanya sepanjang 25 tahun menerusi dokumentari itu.

Rossa dan Yoyo mendirikan rumah tangga pada 2004 namun ikatan pernikahan mereka hanya mampu bertahan selama lima tahun.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rizky Langit Ramadan yang kini berusia 18 tahun.

Written by: Aqilah