

Penduduk Taman Tun Dr Ismail diberi jaminan bahawa tiada risiko terhadap nyawa atau harta benda susulan kejadian banjir lumpur susulan hujan lebat di sebuah tapak pembinaan di kawasan itu.
Rakaman video yang tular awal hari ini menunjukkan lumpur melimpahi Jalan Abang Haji Openg, berpunca daripada pembinaan pejabat baharu Jabatan Landskap Negara, selain kerosakan pada dinding zink di tapak itu akibat angin kencang.
Jabatan Bomba Kuala Lumpur berkata anggota bomba yang dihantar ke lokasi sedang memantau keadaan serta membersihkan longkang yang tersumbat.
“Kami menyerahkan tindakan lanjut kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya kepada FMT.
FMT cuba mendapatkan komen daripada DBKL.
Presiden persatuan penduduk, Abdul Jabar Junid berkata beliau dimaklumkan oleh kontraktor projek dan pejabat…