Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Tiba-Tiba Sakit Dada, Sesak Nafas” – Caprice

today30 April 2020

Background

Komposer dan penyanyi Rap, Caprice menjadi perhatian peminat selepas memuat naik rakaman video durasi seminit di Instagram memaparkan dirinya dibawa menaiki ambulans pada 29 April lalu.

Antara potongan kapsyen ditulis Caprice ialah…

Menurut Berita Harian, penyanyi berusia 32 tahun itu telah dikejarkan ke sebuah pusat perubatan yang terletak di Ampang akibat mengalami sakit dada dan sesak nafas.

Bagaimanapun, keadaannya sudah mula stabil dan hasil pemeriksaan mendapati Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli mengalami Refluks Gastroesofagus (Gerd) atau masalah asid perut berlebihan.

“Penyakit ini ada kaitan dengan pemakanan dan bersangkut-paut dengan faktor tekanan. Justeru, doktor menasihatkan saya menjaga makan dan bijak mengawal emosi. Saya mesti elak daripada tekanan,” kata penyanyi lagu Baby Sayang itu.

Get well soon, Caprice! Jangan terlalu tertekan, utamakan kesihatan okay.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *