
PUTRAJAYA: Peguam Najib Razak dalam kes SRC International memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa pihak pembelaan tidak akan menghantar sebarang hujahan, minggu depan.
Ketua pembelaan, Hisyam Teh memaklumkan kepada mahkamah berhubung perkara itu selepas pendakwa ad hoc V Sithambaram, selesai berhujah, hari ini.
Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, yang mempengerusikan panel lima hakim berhubung rayuan akhir Najib, kemudian memberitahu pihak pembelaan mempunyai masa tiga hari sehingga Selasa untuk menyediakan sesuatu.
“Jangan beritahu kami anda tidak bersedia untuk menghantar sebarang hujahan bagi mana-mana 94 alasan (difailkan bekas peguam Najib)?” soalnya.
Hisyam kemudian sekali lagi mengulangi pendirian untuk tidak menghantar hujahan.
BERITA LANJUT MENYUSUL