Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tidak Boleh Terima Review Buruk Pelanggan, Dato Aliff Syukri Ugut Ambil Tindakan

today18 August 2020

Background

Selepas satu-satu kontroversi yang melanda seorang usahawan kosmetik terkenal iaitu Dato Aliff Syukri, kini tular lagi apabila ada seorang pengguna laman sosial di Twitter yang juga seorang atlet ‘freerunner’ profesional, Abudi Alsagoff berkongsi kisah apabila dia menerima ugutan selepas mengkritik tempat penginapan milik Dato Aliff Syukri.

Perkara itu dikongsi Abudi menerusi ciapan bebenang posting di Twitter nya @abudialsagoff.

Image

Melihat daripada petikan screenshot yang ditulis oleh Datuk Aliff Syukri, dia seolah mengugut untuk menyebarkan aib Abudi jika dia tidak memadam posting nya mengenai komen buruk tentang resort itu.

Menurut Abudi, kejadian berlaku ketika dia bersama keluarganya bercuti ke penginapan tersebut baru-baru ini. Disebabkan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan dan layanan buruk pekerja di resort itu, Abudi kongsi kisahnya yang kini semakin tular di laman sosial.

Mengulas lanjut, Abudi memberitahu terdapat beberapa masalah berlaku ketika mereka sekeluarga menginap di sana. Antaranya servis pelanggan  yang teruk dan kawasan itu sendiri tidak seperti yang dibayangkan.

https://www.facebook.com/AbudiAlsagoff/posts/3844682025546785

“Tempat besar dan cantik. Tapi tu la kesian maintainance dan customer service perlu diperbaiki”

“Mungkin Dato Aliff kena pantau lagi pekerja2 di resort Dato. Kesian invest puluh2 juta, service dan tempat disampahkan… “

Selain itu, terdapat masalah kebocoran, sarung bantal yang tidak dicuci dan toilet seat yang tercabut kata Abudi.

“Kat lobby tempat greet guests, air yg disediakan dah habis (okla tunggu refill).. masalahnya bocor ke apa menitik habis basah lantai”

“Pernah pegi hotel? kat lobby ada kwsn tong sampah terbukak??? x lalu mata memandang!”

“Ni at a few units, sarung bantal and cadar.. ewww.. cuci ke x? salin ke x?”

“What the frick?!?!?! Tandas tercabut seat. Alhamdulillah mak buyong x terjatuh.. kalo jadi apa2 sapa nk tanggung?!?!?? Lepas tu, dah diberitahu pd staff, staff ckp xboleh selesaikan masalah ni.. sbb ada masalah teknikal they all.. “

“Kepada Datuk, maaf kami rela pilih tempat lain melainkan awak perbaiki masalah resort ini,” katanya.

Posting berkenaan kemudian viral di Facebook dan Twitter. Susulan daripada posting tersebut juga, Abudi turut berkongsi mesej susulan yang diterima oleh datuk tersebut.

Anda boleh lihat posting penuh di SINI.

Written by: Fieyna Azman

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *