Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tidak Dijemput Kerana Makanan ‘Non-Halal’, Tindakan Jiran Belanja KFC Sebagai Ganti Raih Pujian Netizen

today2 August 2022

Background

Diberikan jiran yang baik juga satu rezeki kerana anda akan hidup dalam satu kawasan kejiranan yang harmoni dan pastinya rasa selamat disebabkan selalu mengambil berat antara satu sama lain.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @eikinhanipah telah berkongsi sebuah video menunjukkan salah seorang jirannya yang berbangsa cina sedang menyambut majlis hari jadi anaknya di kawasan perumahannya.

@eikinhanipah

It tooks an effort to do this though and i do appreciate this. Thank youuuu Ah Kit & Family ❤️ nanti i belanja u fried mihun my mom buat yang wife u suka 😁 #satumalaysia #noracistnoproblem #kitahidupamandamai

♬ Эта любовь – Amirchik

Menerusi video terbabit, wanita tersebut mengatakan dia tidak dijemput ke majlis itu kerana hidangan yang dihidang tidak halal dan dia memahami perkara tersebut. Apa yang mengejutkan adalah jirannya telah memesan makanan di KFC untuk dia sekeluarga nikmati di rumah.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terharu dengan tindakan jiran wanita terbabit yang membelikan mereka sekeluarga makanan halal kerana tidak dapat menjemput ke majlis tersebut.

Malah, para netizen juga mengatakan bahawa ini menunjukkan semangat perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat di Malaysia. Tidak hanya itu, netizen juga memuji dengan tindakan dan sikap toleransi mereka dalam hidup berjiran.

Written by: Mimieyuzi


Previous post