
KUANTAN: Timbalan Ketua Umno Bahagian Pekan, Zamri Ramly, akan menjadi ‘caretaker’ jawatan ketua Umno Pekan selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara dan denda terhadap penyandangnya, Najib Razak.
“Tim (Timbalan) sebagai pemangku ketua bahagian,” kata Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail, yang juga Ketua Umno Pahang, menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama, di sini, hari ini.
Terdahulu, Wan Rosdy, menerusi kenyataan di media sosialnya, berkata Parlimen Pekan akan dijaga, diurus tadbir dan diberikan perhatian sewajarnya demi manfaat rakyat, selain bekas perdana menteri itu disifatkan amat berjasa kepada Pahang dan negara.
“Bagi kami, amat besar jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh Najib dalam membangun dan memajukan Pahang serta negara ini sepanjang perkhidmatan beliau sebagai…