Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Tinggalkan Dunia Seni? Ini Jawapan Ainul Aishah

today14 November 2023

Background

Pelakon Ainul Aishah menafikan cakap-cakap ramai yang mengatakan dia mahu meninggalkan dunia seni kerana dilarang suaminya, Khalid Redzuan.

Menurut Ainul, suaminya itu sangat menyokong penuh kepadanya untuk terus muncul di kaca televesiyen biarpun sudah mendirikan rumah tangga.

Pelakon berusia 38 tahun ini juga memaklumkan bukan mahu berhenti berlakon sebaliknya memperlahankan karier.

β€œTak dinafikan, ada saja yang bertanya mengenai perkara ini sebab nampak saya macam dah tak nak berlakon, seakan sudah tak berminat dengan dunia seni.

β€œTanggapan itu salah. Saya sendiri pun tak pernah cakap yang saya dah letakkan noktah pada dunia lakonan. Memperlahankannya mungkin lebih tepat.

β€œSebenarnya, kalau nak tahu, suami saya adalah orang yang paling menyokong dan nak tengok saya kembali aktif berlakon. Dia memang selalu saja tanya saya bila nak berlakon lagi.

β€œTetapi saya pula yang kata nanti dahulu. Suami saya tak pernah melarang pun,” katanya yang kini sibuk memberi fokus kepada perniagaan biskut.

Ujar Ainul, dia tetap akan mengabdikan diri dalam dunia lakonan namun kini mahu memberi ruang kepada bakat baharu.

β€œJadi, kalau ada yang kata saya tak berlakon, atau tak nampak di kaca televisyen maka sebab itulah tak ada β€˜job’, itu bagi saya satu tanggapan yang salah. Tetapi saya tak kisah pun orang nak cakap apa.

β€œBuat masa sekarang saya nak stabilkan dahulu perniagaan. Saya tak akan pernah berhenti dengan bidang lakonan, biarpun usia saya 50 atau 60 tahun jika tawaran itu masih ada untuk saya.

β€œTak apalah, berilah peluang dan laluan untuk pelakon-pelakon baharu cipta nama dalam dunia seni, nanti saya sudah sedia baru saya fokus berlakon kembali,” ujarnya.

Baru sahaja melayari rumah tangga, pastinya ditebak soal cahaya mata. Bagi Ainul sendiri, dia juga sama seperti pasangan lain yang mendirikan rumah tangga.

β€œKalau boleh memang nak zuriat secepat mungkin. Tetapi nak buat macam mana belum ada rezeki lagi. Kami okey sahaja.

β€œIni pun berat badan naik dan dah ramai yang tanya sama ada saya dah ada β€˜isi’ kah? Jawapannya belum. Ini memang tengah gemuk sikit,” katanya.

Untuk rekod, Ainul Aishah selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan bernama Khalid Redzuan pada 20 September 2022.

ARTIKEL BERKAITAN:Β Ainul Aishah Selamat Bergelar Isteri Kepada Ahli Perniagaan

Sumber: Utusan Malaysia

Written by: Aqilah


Previous post