Hot FM

Titah adendum, inflasi kos perubatan antara tumpuan Dewan Rakyat


dewan rakyat
Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung 35 hari bermula 14 Okt hingga 12 Dis. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Inflasi kos perubatan negara serta kewujudan titah adendum berkaitan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan kali ke-61 merupakan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) bertanyakan perdana menteri mengenai langkah kerajaan mengatasi masalah kenaikan premium insurans perubatan antara 40 hingga 70% dan inflasi kos perubatan negara sebanyak 12.6% pada 2023 yang lebih dua kali ganda berbanding purata global 5.6% pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Dalam sesi sama, perdana menteri turut dijadualkan menjawab soalan Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mengenai kewujudan titah adendum berkaitan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan kali ke-61 pada 29 Jan 2024 melibatkan permohonan pengampunan oleh bekas perdana menteri Najib Razak.

Sementara itu, Radzi Jidin (PN-Putrajaya) pada sesi soal…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version