
PETALING JAYA: Mahkamah Persekutuan menetapkan 24 Mac untuk mendengar permohonan peguam negara bagi izin merayu terhadap keputusan mahkamah rendah bahawa Najib Razak boleh memulakan prosiding semakan kehakiman berkait baki hukuman penjara bawah tahahan rumah.
Timbalan Pendaftar Wan Fatimah Zaharah Wan Yusoff turut memerintahkan pihak-pihak memfailkan afidavit dan hujahan bertulis sebelum 10 Mac.
Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly mengesahkan perkara itu ketika dihubungi FMT.
Awal bulan ini, peguam negara turut memfailkan sijil perakuan segera untuk pendengaran kes itu.
Beliau memfailkan enam isu perundangan untuk dipertimbangkan Mahkamah Persekutuan dalam usaha mengetepikan keputusan majoriti Mahkamah Rayuan pada 6 Jan lalu.
Mengikut Seksyen 96 Akta Mahkamah Penghakiman 1964,…