Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Tiz Zaqyah Ulas Soal Jodoh – “Insya-Allah Soon, Doakan”

today15 November 2022

Background

Pelakon Tiz Zaqyah, 34, mengakui dia masih belum mempunyai teman lelaki.

Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak berkata, dia tidak tahu memberi jawapan bila disoal tentang jodoh.

“Itu lah, ikut rezeki, kita tak tahu plan benda ni kan.

“Bila orang tanya bila, saya tak tahu. Kadang-kadang kita plan contohnya esok tiba-tiba benda itu tak jadi.

“Jadi saya selalu berkata ‘Insya-Allah soon’. Doakan saya. Amiin,” ujar Tiz.

Mengulas mengenai karier nyanyiannya, Tiz memberitahu dia akan muncul dengan single terbaharu yang akan bergandingan dengan penyanyi Indonesia tidak lama lagi.

“Saya penggemar lagu-lagu lama, kita budak-budak 90’s, zaman 90-an tu banyak muzik-muzik yang beri inspirasi kepada siapa kita hari ini.

“Bila tengok penyanyi tu di atas pentas, saya kagum dengan karisma yang dibawa seseorang penyanyi di atas pentas. Ramai idola yang saya nak sangat duet bersama.

“Saya pun ada satu lagu iaitu dengan seorang penyanyi terkenal Indonesia.

“Lagu tu dah siap, cuma videonya belum siap. Memang kita dah plan lama, apa yang orang tawarkan, Alhamdulillah saya terima,” ujarnya gembira.

Tahun lalu, nama Tiz Zaqyah menjadi bualan warganet apabila menyanyikan lagu Bukan Aku Tak Cinta nyanyian asal oleh kumpulan Iklim yang membuatkan ramai teruja dengan kebolehan aktres ini bernyanyi sehingga digelar Agnes Monica Malaysia.

Sumber: Melodi TV3

Written by: Aqilah


Previous post