
PETALING JAYA: Pemimpin Perikatan Nasional (PN) menolak cadangan gabungan itu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan perpaduan di Putrajaya, menggantikan Umno.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Mohd Rafiq Mohd Abdullah berkata cadangan Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir itu bukan baharu tetapi pernah dicadangkan ketika negara berdepan situasi parlimen tergantung pasca PRU15.
Ketiadaan gabungan mempunyai majoriti mudah membentuk pemerintahan menyebabkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mencadangkan penubuhan kerajaan perpaduan di antara PN-PH, namun ditolak komponen diketuai Muhyiddin Yassin.
“Tawaran Tuanku (Agong) waktu itu kerajaan perpaduan (PN-PH) kita tinggal kata setuju sahaja nak jadi kerajaan tetapi kita tidak gabung dengan PH,” katanya kepada FMT.
Rabu lalu, Mukhriz mencadangkan PN menjadi sebahagian kerajaan perpaduan,…