
BATANG KALI: Tanah runtuh di tapak perkhemahan popular di sini pada Jumaat adalah kejadian tanah runtuh besar ke-23 dilaporkan berlaku di negara tahun ini dan yang terburuk setakat ini, dengan 21 orang disahkan maut, manakala 12 masih hilang.
Dalam kejadian itu, seramai 61 mangsa berjaya diselamatkan.
Tanah runtuh itu melanda tiga tapak perkhemahan di Farmer’s Organic Farm, dekat Jalan Batang Kali-Genting Highlands. Ia menjejaskan kawasan sepanjang 500m, dengan lebar 200m dan sedalam 8m. Ia melibatkan pergerakan kira-kira 450,000 meter persegi tanah, lapor Bernama.
Pasukan penyelamat meneruskan usaha mencari mangsa masih hilang sepanjang malam dalam keadaan hujan. Usaha mencari dan menyelamat membabitkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Rawang, Genting Highlands, Sentosa, Ampang, Pandan, Kota…