Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Tragedi Letupan Dasyat Di Beirut, Bapa Saudara Kekasih Sajat Antara Yang Terkorban

today6 August 2020

Background

Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan letupan besar yang menggegarkan ibu kota Beirut, Lubnan sehingga mengorbankan ramai penduduk di sana dan lebih beribu orang awam tercedera. Juga tular rakaman video yang menunjukkan letupan awal dengan kepulan asap tebal serta api marak menjulang dan menggegarkan bangunan di sekitar ibu kota Lubnan.

Difahamkan, letupan berkenaan didakwa berpunca daripada 2,750 tan baja ammonia nitrat (NH4NO3) disimpan selama bertahun-tahun di sebuah gudang pelabuhan di bandar raya berkenaan. Letupan yang berlaku bukan sahaja mengakibatkan kemusnahan di kawasan berkenaan, malah impaknya menyebabkan kerosakan pada beberapa bangunan lain yang terletak beberapa kilometer dari lokasi terbabit.

Turut terkesan, kejadian letupan dasyat itu turut meragut nyawa bapa saudara ‘teman lelaki’ usahawan kosmetik Sajat dikenali sebagai Jadoos yang berasal dari Beirut. Mengulas lanjut mengenai ‘kekasihnya’, Sajat berkata dia berada dalam keadaan baik sahaja.

Perkara itu dimaklumkan oleh Sajat menerusi Instagram apabila ada netizen bertanyakan mengenai keadaan Jadoos yang berada di negara itu.

Salam takziah buat keluarga bapa saudara Jadoos.

Sehingga kini, jumlah kematian akibat letupan yang berlaku di Beirut, semakin meningkat.

 

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *