Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Trailer Bulan & Pria Terhebat Dilancarkan

today18 February 2020

Background

Trailer rasmi filem yang dinanti-nantikan iaitu Bulan & Pria Terhebat akhirnya telah dilancarkan pada 12 Februari 2020.

Filem yang dibintangi oleh Zahirah Macwilson, Zizan Razak, Khir Rahman, Maya Karin dan ramai lagi itu diarahkan oleh pengarah terkenal iaitu Ghaz Abu Bakar.

Image result for bulan dan pria terhebat

Filem ini mengisahkan tentang Bulan, pelatih di dalam pasukan tentera khas Indonesia yang menyeludup masuk ke dalam sindiket pemerdagangan manusia bagi mencari adiknya, Melati.

Melati adalah seorang gadis yang diperdaya dan dibawa ke Malaysia untuk dijadikan gadis liburan.

Bulan bertemu Haris, seorang pemandu e-hailing yang prihatin dan sudi membantu Bulan mendapatkan kembali adiknya daripada genggaman bapa ayam iaitu Agus dan ketuanya, Ricky. Ricky mengarahkan Tony, seorang pembunuh upahan untuk menghapuskan Bulan dan Haris.

Mampukah Bulan mempertahankan dirinya demi mendapatkan kembali adiknya Melati? Sama-sama kita tonton di pawagam 12 Mac ini.

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *