Kalau dulu nak tonton drama-drama best tak kiralah sama ada drama Melayu atau Korea sekalipun kita semua mesti terpacak tunggu depan TV tu kan?
Kini tidak lagi. Dalam meniti arus pemodenan, semuanya di hujung jari. Nak membeli belah, memesan makanan, mendengar radio, malah menonton siaran ulangan drama televisyen pun menerusi komputer riba atau terus ke telefon bimbit korang sahaja!
Bercakap mengenai drama televisyen, platform penstriman popular Netflix banyak mengeluarkan filem-filem dan drama yang boleh ditonton orang ramai lebih-lebih lagi pada musim Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Terkini, drama yang menarik perhatian dan menjadi bualan ramai adalah drama dari Korea bertajuk Its Okay Not To Be Okay. Berikut adalah 5 sebab anda wajib tonton drama tersebut:–
1. Drama Terbaharu Selepas Kim Soo Hyun Tamat Latihan Ketenteraan

Kalau korang ikuti perkembangan Korea Selatan, korang mesti tahu bahawa negara tersebut mempunyai satu dasar perkhidmatan tentera yang wajib bagi kaum lelaki berumur 18 hingga 28 tahun termasuklah pelakon yang memegang watak sebagai Moon Kang-tae ni.
2. Fashion ‘Onz’ Yang Ditampilkan Oleh Seo Ye Ji

Daripada gambar yang dipaparkan di atas pun boleh tahu pakaian yang diperagakan oleh pelakon yang memegang watak sebagai Ko Moon-young ini semua cantik-cantik. Tahniah buat wardrobe team! Tapi ketahuilah bahawa kadang-kadang nak jadi pelakon ni pun susah, kena bawa baju sendiri!
3. Autisme Bukan Penyakit

Pelakon Oh Jung Se yang memegang watak sebagai pemuda autisme menerusi satu kenyataan menceritakan pengalamannya ketika membintangi wabak tersebut. Katanya, watak yang dilakonkan sedikit sebanyak membuka mata dan mengubah persepsinya di mana autisme ini sebenarnya bukanlah sesuatu penyakit, tetapi sudah memang dilahirkan dan ditakdirkan begitu.
So? Tunggu apa lagi guys? Jom la terjebak sama-sama!
Post comments (0)